Yamaha XSR900 model tahun 2019 di pasaran USA

Yamaha XSR900 model tahun 2019 telah berada di pasaran USA sejak bulan November 2018, dijual pada harga $9,499 (bersamaan RM38,722.67 mengikut kadar tukaran semasa). Hanya satu pilihan warna sahaja yang tersedia iaitu Aluminum/Red.

Tampil dengan reka bentuk retro bersama-sama teknologi moden masa kini, Yamaha XSR900 dikuasakan enjin berkapasiti 847cc (3-cylinder, 4-stroke, liquid-cooled, DOHC, 4-valves) dengan transmisi 6-kelajuan. Enjin tersebut menghasilkan kuasa bertenaga dengan tork mewah pada paras 115PS @ 10,000rpm dan 87.5Nm @ 8,500rpm.

Antara ciri-ciri menarik pada model ini termasuklah tangki minyak aluminium, kerangka yang ringan dengan komponen-komponen aluminium, dilengkapi Traction Control System, Assist & Slipper Clutch, sistem Yamaha D-Mode, tempat duduk boleh laras, serta mudah dipasangkan dengan pelbagai pilihan aksesori asli daripada Yamaha.