Honda VFR800F dan Honda VFR800X 2019 di pasaran Jepun

Honda VFR800F dan Honda VFR800X model tahun 2019 untuk pasaran Jepun telah diperkenalkan sebelum ini dengan penampilan warna baharu. Kedua-dua model tersebut merupakan model touring dengan gaya yang berbeza, namun dilengkapi kapasiti enjin 781cc yang sama termasuklah memiliki kuasa dan tork enjin yang sama.

Honda VFR800F 2019 kini tampil dengan warna baharu yang cukup menarik, dikenali dengan nama Pearl Glare White (Stripe), bersama-sama warna konvensional Victory Red. Sementara itu Honda VFR800X 2019 didatangkan dengan satu pilihan warna sahaja iaitu Candy Prominens Red yang tampil tidak kurang menariknya.

Kedua-dua model tersebut memiliki enjin 781cc (Water cooled 4 stroke DOHC 4 valve V type 4 cylinder) dengan transmisi 6-kelajuan, seterusnya menawarkan kuasa maksimum 107PS @ 10,250rpm dan tork puncak 77Nm @ 8,500rpm. Untuk anda, saksikan gambar-gambar menarik kedua-dua model tersebut di bawah.