Zontes lancar 4 model baharu untuk pasaran Malaysia : ZT310-R, ZT310-T, ZT310-X dan ZT310-X GP 2019

Zontes Motorcycles secara rasminya pada 27hb. Februari 2019 telah masuk ke pasaran Malaysia dengan pelancaran 4 model keluarannya : Zontes ZT310-R, Zontes ZT310-T, Zontes ZT310-X dan Zontes ZT310-X GP. Kesemua model tersebut ditawarkan pada harga asas yang agak menarik bermula dari RM19,800.00 sehingga RM22,800.00.

Berikut ialah senarai harga asas untuk kesemua model :

  • 2019 Zontes ZT310-R : RM19,800.00
  • 2019 Zontes ZT310-T : RM22,800.00
  • 2019 Zontes ZT310-X : RM20,800.00
  • 2019 Zontes ZT310-X GP : RM21,600.00

Zontes ZT310-R merupakan sebuah model dalam segmen naked, diikuti oleh model pengembaraan Zontes ZT310-T, dan dua model bergaya supersport dengan fairing penuh Zontes ZT310-X dan Zontes ZT310-X GP. Apa yang boleh dikatakan, Zontes telah membuat percaturan bijak dengan menawarkan 3 segmen motosikal sekaligus.

Keempat-empat model tersebut pada asasnya adalah sama, dilengkapi enjin berkapasiti 312cc dengan silinder tunggal, DOHC, sistem penyejuk cecair dan sistem suntikan bahan api, seterusnya digandingkan dengan transmisi 6-kelajuan. Kuasa yang dihasilkan mencapai 34.8hp @ 9,500rpm dengan tork puncak 30Nm @ 7,500rpm. Kesemua model dilengkapi tangki minyak dengan kapasiti isian maksimum 15 liter.

Dari segi reka bentuk, boleh dikatakan keempat-empat model keluaran syarikat motosikal dari China ini mempunyai penampilan yang sporty dan berani, dan dijangka tidak mempunyai masalah besar untuk menarik perhatian peminat motosikal di negara kita. Berikut ialah galeri gambar-gambar menarik untuk kesemua model, saksikan.

Galeri : 2019 Zontes ZT310-R

Galeri : 2019 Zontes ZT310-T

Galeri : 2019 Zontes ZT310-X

Galeri : 2019 Zontes ZT310-X GP

Makluman : Pilihan warna yang ditawarkan oleh Zontes Malaysia untuk keempat-empat model seperti di atas mungkin berbeza dengan apa yang dipaparkan di sini.