Siri Honda CB1300 SUPER FOUR model tahun 2019 di pasaran Jepun

Pada bulan Oktober 2018 yang lalu, Honda memperkenalkan siri Honda CB1300 SUPER FOUR model tahun 2019 terbaharu untuk pasaran domestik Jepun, yang terdiri daripada varian CB1300 SUPER FOUR, CB1300 SUPER BOL D’OR, CB1300 SUPER FOUR SP dan CB1300 SUPER BOL D’OR SP.

Untuk tahun 2019, siri model naked dan half fairing tersebut yang memiliki enjin 1,284cc empat silinder sebaris, hadir dengan pilihan warna baharu Darkness Black Metallic dan Pearl Hawks Eye Blue yang kelihatan cukup menarik dan elegan. Saksikan gambar-gambar menarik model-model tersebut dalam galeri di bawah.