Warna baharu untuk Yamaha Tracer 900 ABS dan Tracer 900 GT ABS 2019 di pasaran Jepun

Untuk pasaran Jepun mulai 1 Mac 2019, model sports touring Yamaha Tracer 900 ABS dan Yamaha Tracer 900 GT ABS, hadir dengan perubahan warna baharu yang segar dan penuh bersemangat. Warna tersebut merupakan gabungan kelabu dan merah, termasuk fork depan berwarna emas dan jalur merah pada rim Tracer 900 GT ABS.

Menurut Yamaha, Tracer 900 ABS 2019 dan Tracer 900 GT ABS 2019 kedua-duanya mempunyai perwatakan Sports dan Travel, dilengkapi enjin 845cc dengan prestasi, kuasa dan keselesaan yang sentiasa bersedia untuk apa jua tujuan tunggangan yang diinginkan oleh pemiliknya. Berikut ialah galeri gambar kedua-dua model tersebut.