Yamaha RX-Z model tahun 1994

Berdasarkan maklumat yang ada, Yamaha RX-Z yang ditunjukkan di sini merupakan model keluaran tahun 1994. Bagaimana pun tidak dapat dipastikan sama ada RX-Z dengan warna dan corak grafik tersebut, hijau dan merah dengan gabungan hitam, pernah ditawarkan di pasaran Malaysia atau pun untuk pasaran negara lain.

Selain itu jika anda perhatikan lebih teliti, lampu belakang model yang berwarna merah mempunyai perbezaan dari segi rekaan berbanding model yang berwarna hijau. Lampu belakang model yang berwarna hijau merupakan versi standard seperti mana yang kita selalu lihat. Apa pun, penampilan Yamaha RX-Z 1994 ini sememangnya begitu sporty.