Honda CB1100, CB1100 EX dan CB1100 RS model tahun 2019 di pasaran Jepun

Terdapat tiga varian Honda CB1100 yang ditawarkan di pasaran Jepun untuk tahun 2019, iaitu Honda CB1100, Honda CB1100 EX dan Honda CB1100 RS. Bagi model CB1100, ianya mula berada di pasaran sejak 28 Januari 2019, namun model CB1100 EX dan CB1100 RS berada di pasaran Jepun lebih awal iaitu mulai 11 Januari 2019.

Terdapat perbezaan di antara ketiga-tiga varian, yang mana CB1100 kini hadir dengan fork depan dengan ciri damping force yang lebih baik, di samping kapasiti tangki bahan api 17 liter berbanding 14 liter untuk model terdahulu. CB1100 seterusnya tampil dengan warna hitam metalik, yang mana warna hitam turut meliputi bahagian enjinnya.

CB1100 EX menggunakan warna perak di keseluruhan bahagian enjinnya, dan didatangkan dengan dua pilihan warna merah dan biru yang sangat menarik. Bagi model teratas CB1100 RS, ianya dilengkapi suspensi belakang dengan fungsi talaan damping force, dan hadir dengan tiga pilihan warna seperti hitam, biru dan perak.

Sedikit maklumat mengenai spesifikasi teknikal, ketiga-tiga model dikuasakan enjin bersesaran 1,140cc (Air cooled 4 stroke DOHC 4 valve in-line 4 cylinder) dengan transmisi 6-kelajuan, yang kemudiannya menghasilkan kuasa maksimum 90PS @ 7,500rpm dan tork puncak 91Nm @ 5,500rpm. CB1100 EX dan CB1100 RS masing-masing memiliki tangki bahan api dengan isian maksimum 16 liter.

Honda CB1100 RS 2019 ketika ini juga boleh didapati di pasaran Malaysia, dilancarkan secara rasmi pada tarikh 24 Januari 2019 yang lalu. Tersedia dalam dua pilihan warna hitam dan perak, harga asas yang ditawarkan adalah sebanyak RM75,999.00.

Galeri : 2019 Honda CB1100 (Japan)

Galeri : 2019 Honda CB1100 EX (Japan)

Galeri : 2019 Honda CB1100 RS (Japan)