Yamaha MT-10 2019 di pasaran USA, harga bermula dari $12,999

Untuk pasaran USA, Yamaha MT-10 model tahun 2019 ditawarkan pada harga bermula dari $12,999 (RM52,973.52 mengikut kadar tukaran semasa), dan berada di pasaran negara tersebut sejak Oktober 2018. Model naked berprestasi tinggi itu tersedia dalam dua pilihan warna yang menarik iaitu Ice Fluo dan Matte Raven Black.

Yamaha MT-10 2019 dikuasakan enjin 998cc (liquid-cooled DOHC inline 4-cylinder; 16 valves) dengan teknologi Crossplane Crankshaft, seterusnya dipadankan sistem transmisi 6-kelajuan yang dibantu oleh assist and slipper clutch. Janaan kuasa yang dihasilkan mencapai 160.4PS @ 11,500rpm dengan tork puncak 111Nm @ 9,000rpm.

Artikel berkaitan : Yamaha perkenal MT-10 2019 untuk pasaran Eropah