Yamaha MT-09 2019 di pasaran USA, harga bermula dari $8,999

Untuk pasaran USA, Yamaha MT-09 model tahun 2019 ditawarkan pada harga bermula dari $8,999, bersamaan RM36,668.23 mengikut kadar tukaran semasa. Mula dijual sejak bulan November 2018 yang lalu, MT-09 boleh didapati dalam tiga pilihan warna menarik seperti Ice Fluo, Team Yamaha Blue dan Matte Raven Black.

Berdasarkan pemerhatian, tiada perbezaan ketara di antara model yang dijual di pasaran USA dan Eropah, melainkan perbezaan di bahagian nama warna dan jumlah harga jualan. Anda boleh membaca artikel MT-09 2019 di pasaran Eropah melalui pautan ini, untuk maklumat lebih lengkap mengenai spesifikasi model naked ini.

Artikel berkaitan : 2018 Yamaha MT-09 (USA)