Yamaha Aerox 155 2019 dilancarkan di pasaran Thailand dalam tiga varian dan enam pilihan warna menarik

Jika di pasaran Malaysia ianya dikenali dengan nama Yamaha NVX, di pasaran Thailand pula model yang sama dikenali dengan nama Yamaha Aerox 155. Bagi model tahun 2019, Yamaha Aerox 155 di pasaran negara jiran itu kini ditawarkan dalam tiga varian, bersama-sama enam pilihan warna dan rekaan grafik yang menarik.

Tiga varian tersebut ialah Aerox 155 Standard Version, Aerox 155 R Version dan Aerox 155 ABS Version. Bagi varian Standard Version, dua pilihan warna ditawarkan iaitu Hitam Merah dan Hijau Hitam, manakala bagi R Version pilihan warnanya ialah Cyan Hitam dan Kelabu Oren, manakala ABS Version hadir dengan pilihan warna Kelabu Merah dan Kelabu Biru. Kesemuanya boleh dikatakan kelihatan sangat menarik.

Honda Aerox 155 2019 dilengkapi enjin 155cc VVA Blue Core yang berprestasi, cekap penggunaan bahan api dan mesra alam, serta hadir dengan ciri-ciri menarik seperti lampu depan LED berkembar, lampu belakang LED, soket berkuasa elektrik, suspensi belakang dengan sub-tank, brek cakera depan dan alat kawalan pintar pelbagai fungsi.