Yamaha MT-07 2019 di pasaran USA, harga dari $7,599

Yamaha MT-07 model tahun 2019 untuk pasaran USA boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu Ice Fluo, Matte Raven Black dan Breaker Cyan. Bagi model dengan warna Matte Raven Black, ianya telah berada di pasaran sejak bulan Disember 2018, manakala untuk warna Ice Fluo dan Breaker Cyan, jualannya bermula Februari 2019. 

Warna Breaker Cyan merupakan ciri unik Yamaha MT-07 2019 di pasaran USA, dan tidak dapat dipastikan kenapa warna tersebut dipilih berbanding warna-warna popular lain. MT-07 dilengkapi enjin dua silinder 689cc dengan transmisi 6-kelajuan, bersama-sama kuasa dan tork pada angka 74.8PS @ 9,000rpm dan 68Nm @ 6,500rpm.

Untuk pasaran USA, Yamaha MT-07 2019 ditawarkan pada harga bermula dari $7,599, bersamaan RM30,989.48 mengikut kadar tukaran semasa. Di pasaran Malaysia ketika ini, Yamaha MT-07 2019 dijual oleh HLYM pada harga sekitar RM38k. Anda juga boleh membaca artikel terdahulu mengenai MT-07 di pasaran Eropah melalui pautan ini.