Kawasaki Ninja H2 dan Ninja H2 Carbon 2019 diperkenalkan

Selain daripada model supersport seperti Kawasaki ZX-10R, Kawasaki turut mempunyai barisan model Hypersport dengan kuasa dan prestasi yang lebih tinggi, iaitu Kawasaki Ninja H2, Kawasaki Ninja H2 Carbon dan Kawasaki Ninja H2R.

Bagi model tahun 2019, Kawasaki Ninja H2 dan H2 Carbon hadir dengan beberapa kemaskini terbaharu antaranya naik taraf sistem brek Brembo, penggunaan tayar Bridgestone terkini untuk pengendalian yang lebih baik, paparan intsrumen TFT berwarna baharu yang canggih dan penyambungan telefon pintar dengan Bluetooth.

Selain itu, Kawasaki H2 dan H2 Carbon 2019 juga kini menerima kelengkapan lampu LED penuh dengan tambahan LED-type license plate lamp, bersama-sama sistem lampu LED sedia ada (headlamp, position lamps, taillight, turn signals). Emblem “Supercharged” yang dilekatkan pada enjin supercas H2 juga kini menerima kemaskini baharu bagi menyerlahkan lagi kuasa dan prestasi yang ditawarkan.

Seterusnya ialah penggunaan cat Highly Durable pada semua permukaan bukan carbon dengan kemampuan untuk membaiki sendiri kesan calar, membolehkan cat pada H2 dan H2 Carbon mengekalkan kemasannya yang berkualiti tinggi. Warna yang digunakan pada Ninja H2 ialah Mirror Coated Spark Black, manakala pada H2 Carbon merupakan warna Mirror Coated Matte Spark Black / Golden Blazed Green.

Kawasaki H2 dan H2 Carbon 2019 masing-masing dikuasakan enjin 998cc (Liquid-cooled, 4-stroke In-Line Four with Supercharger) dengan sistem intake Kawasaki Supercharger dan transmisi 6-kelajuan, seterusnya menghamburkan prestasi yang mencapai angka 231PS @ 11,500rpm dan tork puncak 141.7Nm @ 11,000rpm.

Bagi model tahun 2018, Ninja H2 dan Ninja H2 Carbon hanya menawarkan kuasa dan tork maksimum 205PS @ 11,000rpm dan 133.5Nm @ 10,000rpm. Kedua-dua model dilengkapi tangki bahan api dengan isian maksimum 17 liter, dengan berat motosikal 238 kilogram (curb mass) dan ketinggian tempat duduk 825 mm.

Galeri : 2019 Kawasaki Ninja H2

Galeri : 2019 Kawasaki Ninja H2 Carbon