Benelli BN 125 model tahun 2019

Ini ialah Benelli BN 125 model tahun 2019, sebuah motosikal naked dengan reka bentuk kompak khusus untuk penunggang muda generasi baharu masa kini. Ianya sempurna untuk kegunaan harian sama ada untuk bergerak dengan mudah di dalam bandar, atau untuk penunggang yang hanya mahukan keseronokan di jalan terbuka.

Benelli BN 125 2019 memiliki enjin empat lejang 125cc, satu silinder, sistem penyejuk udara, single overhead camshaft (SOHC) dan double spark yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.1hp @ 9,500rpm dengan tork setinggi 10Nm @ 7,000rpm. Enjin tersebut kemudiannya dipadankan transmisi 5-kelajuan yang lancar.

Sistem suspensi Benelli BN 125 terdiri daripada fork depan upside-down 35 mm dan lengan ayun dengan suspensi monoshock bersama-sama pelarasan spring preload di bahagian belakang. Sistem brek depan terdiri daripada cakera berukuran 260 mm dengan kaliper tiga piston dengan CBS, manakala di bahagian belakang ialah cakera 240 mm dengan kaliper dua piston juga dengan CBS.

Tayar depan dengan saiz 110/80-17 dan belakang 130/70-17 masing-masing dipasangkan pada rim aloi aluminium untuk kestabilan dan pengendalian yang mantap. Kapasiti maksimum tangki petrol Benelli BN 125 mencapai 13.5 liter, dengan berat keseluruhan motosikal 142 kilogram. Ketinggian tempat duduk penunggang 780 mm untuk akses yang mudah dan tunggangan yang lebih selesa.

Benelli BN 125 2019 didatangkan bersama-sama tiga warna pilihan yang menarik iaitu putih, merah dan hitam.