Yamaha YZF-R1 2019 di pasaran USA, harga dari $16,699

Yamaha YZF-R1 model tahun 2019 untuk pasaran USA tampil dalam dua pilihan warna menarik iaitu Team Yamaha Blue dan Rapid Red, kedua-duanya boleh dimiliki pada harga bermula dari $16,699, bersamaan RM68,163.65 mengikut kadar tukaran semasa. Ianya mula berada di pasaran USA secara rasmi mulai bulan Februari 2019.

Yamaha YZF-R1 2019 dikuasakan enjin 998cc (liquid-cooled inline 4 cylinder DOHC; 16 valves) berprestasi tinggi, dengan hamburan kuasanya mencapai 200PS @ 13,500rpm dan tork maksimum 112.4Nm @ 11,500rpm. Transmisinya merupakan unit 6-kelajuan. Berat motosikal ialah 200 kg (wet weight) dengan kapasiti tangki petrol 17 liter.

Untuk pasaran Eropah, Yamaha YZF-R1 2019 hadir bersama-sama pilihan warna Yamaha Blue dan Tech Black, tanpa tawaran warna Rapid Red. Untuk tahun 2019 ini juga, YZF-R1 di pasaran USA tidak lagi ditawarkan dalam varian YZF-R1S seperti model tahun 2018 ini. Varian tersebut sebelum ini dijual pada harga lebih rendah.