SYM perkenal skuter elektrik masa depan EE1

Bertempat di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2018 yang berlangsung di Milan, Itali pada penghujung tahun lepas, SYM telah mempamerkan model skuter elektrik yang diberi nama SYM EE1. Tidak banyak maklumat yang diperolehi mengenai model ini, namun dijangkakan unit yang dipamerkan ini masih di peringkat konsep atau prototaip.

Menurut SYM, EE1 direka oleh CAR STUDIO dari Itali, jadi tidak hairanlah ianya mempunyai reka bentuk yang moden dan sporty. Dijangkakan maklumat lengkap mengenai spesifikasi teknikal model skuter elektrik ini termasuk harga jualannya akan diumumkan oleh SYM menjelang pelancaran rasminya pada masa akan datang.