Galeri : Kawasaki Ninja 125 2019

Model terbaharu Kawasaki Ninja 125 2019 secara rasminya diperkenalkan dalam suku keempat tahun lepas, bersama-sama model Kawasaki Z125 2019. Kedua-dua model tersebut mempunyai kapasiti enjin yang sama, namun hadir di dalam segmen yang berbeza khusus untuk pengguna baharu di kalangan generasi muda di pasaran Eropah.

Kawasaki Ninja 125 dilengkapi enjin bersesaran 125cc (Liquid-cooled, 4-stroke Single, DOHC, 4 valves, Fuel injection) dengan padanan transmisi 6-kelajuan yang lancar. Janaan kuasa model kompak ini mencapai 15PS @ 10,000rpm dengan tork 11.7Nm @ 7,700rpm, sudah mencukupi untuk jentera dengan berat 148 kg ini.

Ninja 125 turut dibekalkan fork teleskopik di bahagian hadapan, termasuklah suspensi tunggal di bahagian belakang (Uni-Trak, gas-charged shock with adjustable preload). Aspek keselamatan memperlihatkan penggunaan brek cakera tunggal di bahagian roda depa dan belakang dengan caliper dual piston. Kapasiti tangki petrolnya ialah 11 liter.

Untuk pasaran Eropah, Kawasaki Ninja 125 2019 boleh didapati dalam pilihan warna  Lime Green / Ebony / Metallic Graphite Gray,  Metallic Flat Spark Black / Metallic Matte Fusion Silver dan Candy Plasma Blue / Metallic Flat Spark Black. Di bawah berikut ialah galeri gambar-gambar menarik Ninja 125 dalam resolusi tinggi, saksikan.