Galeri : Kawasaki Z125 2019

Kawasaki Z125 merupakan sebuah model terbaharu yang diperkenalkan oleh Kawasaki, hadir dengan reka bentuk naked dalam pakej kompak khusus untuk penunggang baharu. Rekaannya mengambil inspirasi daripada model Kawasaki lain yang lebih besar.

Model ini memiliki kapasiti enjin hanya 125cc (Liquid-cooled, 4-stroke Single, DOHC, 4 valves, Fuel injection) dengan padanan transmisi 6-kelajuan. Keluaran kuasa daripada enjin tersebut mencapai 15PS @ 10,000rpm dengan tork puncak 11.7Nm @ 7,700rpm.

Buat masa ini Kawasaki Z125 model tahun 2019 ini diketahui hanya ditawarkan untuk pasaran Eropah sahaja, bersama-sama sebuah lagi model kembarnya Kawasaki Ninja 125. Untuk anda, di bawah berikut ialah galeri gambar-gambar menarik Z125, saksikan.