SYM akan melancarkan dua model baharu di pasaran Eropah – SYMNH X dan SYMNH T

Jenama SYM lebih terkenal dengan pengeluaran pelbagai jenis model skuter, namun begitu syarikat yang berasal dari Taiwan itu juga mengeluarkan model-model motosikal untuk pasaran global. Antara model motosikal terbaharu yang akan diperkenalkan oleh SYM untuk pasaran Eropah dalam suku pertama tahun 2019 ini ialah SYMNH X dan SYMNH T.

Kedua-dua model tersebut masing-masing berada di dalam segmen naked dan adventure, dikuasakan enjin berkapasiti 125cc (single cylinder, liquid cooled, electronic fuel injection, Euro 4 compliant) yang dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan. Berdasarkan maklumat di dalam laman sesawang SYM UK, model SYMNH X dikenali dengan nama SYM NHX 125. Kuasa maksimum yang dihasilkan oleh enjin SYM NHX 125 ialah 7.5 kW @ 8,500rpm dengan tork puncak 9.5Nm @ 6,500rpm.

Menurut SYM, pengenalan kedua-dua model terbaharu SYMNH X dan SYMNH T akan memberi peluang kepada penunggang untuk lebih mengenali dan menyukai jenama SYM. Kedua-dua model sebelum ini telah dipertontonkan kepada pihak media dan pengunjung di Eropah sewaktu berlangsungnya pameran motosikal EICMA 2018 di Milan, Itali, pada November yang lalu.

Galeri : 2019 SYM SYMNH X

Galeri : 2019 SYM SYMNH T