Honda Integra hadir dengan pilihan warna baharu untuk musim 2019

Honda Integra diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2012, merupakan sebuah model dengan rekaan maxi skuter yang menggabungkan keselesaan, gaya dan kemudahan sebuah skuter bersama-sama pengendalian dinamik dan prestasi enjin sebuah motosikal.

Model ini dilengkapi enjin 745cc (liquid-cooled 4-stroke 8-valve, SOHC parallel 2-cylinder) yang dipadankan sistem transmisi DCT (Dual Clutch Transmission). Janaan kuasanya mencapaiĀ 40.3kW @ 6,250rpm dengan torkĀ 68Nm @ 4,750rpm. Enjin tersebut turut dilengkapi teknologi Honda Selectable Torque Control (HSTC), yang mana fungsinya juga boleh dimatikan.

Ciri-ciri lain yang ditampilkan adalah seperti lampu LED dan paparan instrumen LCD, di samping rekaannya yang tajam dan sporty termasuklah ciri ergonomik dan pengendalian yang dipertingkatkan. Untuk pasaran Eropah, Honda Integra 2019 hadir dengan pilihan warna baharu kelabu, merah, hitam dan putih seperti berikut, anda boleh saksikannya dalam galeri di bawah.