Brosur Yamaha MT-15 2019 untuk pasaran Thailand

Model terbaharu Yamaha MT-15 2019 secara rasminya membuat kemunculan pertama di pasaran Thailand dalam bulan Oktober 2018, dan kemudiannya dibawa masuk ke pasaran Indonesia dalam bulan Januari tahun ini. Model tersebut kemudiannya akan dilancarkan di pasaran India dan Filipina dalam masa terdekat, sementara untuk pasaran Malaysia masih belum ada khabar berita.

Yamaha MT-15 dengan tema “Born of Darkness” ini merupakan model naked terbaharu dalam siri Yamaha MT, hadir dengan ciri-ciri seperti enjin 155cc VVA, sistem Assist & Slipper Clutch, lengan ayun aluminium, tayar lebar, lampu Mono Focus LED, fork depan Telescopic Upside Down, paparan meter digital LCD negatif dan tempat duduk bergaya freestyle.

Untuk pasaran Thailand, Yamaha MT-15 2019 boleh didapati dalam pilihan warna kelabu hitam, biru hitam, hitam dan juga biru. Harga yang ditawarkan adalah sebanyak 98,500 THB, bersamaan RM12,872.47 mengikut kadar tukaran semasa ketika ini. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh saksikan galeri brosur Yamaha MT-15 2019 untuk pasaran Thailand seperti di bawah.