Benelli pamer model konsep Leoncino 800 di EICMA 2018

Bertempat di EICMA 2018 yang berlangsung dalam bulan November yang lalu di Milan, Itali, Benelli telah mempamerkan model konsep Leoncino 800. Model konsep ini merupakan susulan kepada model Leoncino 500, dan dijangkakan versi produksinya akan diperkenalkan secara rasmi tahun depan.

Menurut maklumat awal, Leoncino 800 Concept dilengkapi enjin bersesaran 750cc yang boleh dilihat pada model naked Benelli 752S. Apabila dilancarkan nanti, ianya akan memberikan saingan kepada model Ducati Scrambler dan model-model lain di dalam segmennya yang semakin berkembang ketika ini.