Hafizh Syahrin dan jentera KTM Tech 3 RC16 untuk musim MotoGP 2019 diperkenalkan

Sempena musim perlumbaan MotoGP 2019 yang bakal bermula secara rasmi di Qatar pada 10 Mac depan, KTM Tech 3 yang merupakan pasukan satelit KTM pada dua hari yang lepas secara rasminya memperkenalkan corak dan warna rasmi untuk jentera RC16 milik pasukan tersebut.

Pelumba pertama MotoGP yang menjadi kebanggaan negara, Hafizh Syahrin bersama-sama rakan sepasukan Miguel Oliveira, bakal memulakan saingan bersama-sama pasukan kilang KTM yang dibarisi oleh dua pelumba handalan, Pol Espargaro dan Johann Zarco.

Apa yang boleh dikatakan, jentera KTM RC16 milik Hafizh yang bernombor 55, kelihatan sangat mantap, seksi dan menarik sekali. Gabungan warna dan grafik yang memukau, menyerlahkan lagi aura perlumbaan di dalam diri Hafizh yang terkenal dengan gelaran ‘El Pescao’ dan BO55KU itu.

Diharapkan dalam musim perlumbaan 2019 ini, Hafizh dan rakan gandingannya Oliveira, bakal menjulang nama KTM Tech 3 dan juga nama Malaysia di atas pentas podium. Untuk anda, saksikan gambar-gambar menarik jentera KTM RC16 milik Hafizh dalam galeri berikut.