Honda Wave Alpha 2019 diperkenalkan dengan warna dan jalur baharu lebih sporty

Boon Siew Honda baru-baru ini telah mengumumkan model kapcai Honda Wave Alpha 2019 kini didatangkan dengan pilihan warna dan jalur baharu yang lebih sporty untuk varian roda tuangan. Pilihan warna-warna tersebut ialah Pearl Megallanic Black dengan jalur kuning, Vivacity Red dan Pearl Nightfall Blue. Honda Wave Alpha 2019 juga tersedia dalam varian dengan roda jejari. 

Kedua-dua varian Honda Wave Alpha 2019 dilengkapi enjin 109.17cc (Satu Silinder, Penyejuk Udara, SOHC 4-Lejang 2 Injap), dengan kuasa maksimum 6.14kW @ 7,500rpm dan tork puncak 8.42Nm @ 5,500rpm. Sistem penyampaian bahan apinya menggunakan karburator, di samping kotak gear 4-kelajuan dan sistem penghidup tendang dan elektrik. Muatan tangki petrol Wave Alpha berkasiti 3.7 liter.

Honda Wave Alpha model tahun 2019 yang tampil bergaya ini juga tampil dengan ciri-ciri menarik seperti peredam ekzos berkonsep sporty dan pemegang genggaman yang selesa. Harga yang ditawarkan untuk Wave Alpha 2019 bermula dari RM4,275.00, dengan tempoh jaminan pengeluar selama 2 tahun atau 20,000 km (berdasarkan yang mana tiba dahulu).