Benelli TNT150i 2019 dilengkapi sistem EFI

Antara model terbaharu keluaran Benelli ketika ini ialah Benelli TNT150i model tahun 2019, yang dilengkapi dengan sistem penyampaian bahan api EFI, enjin dengan rekaan dua palam pencucuh, sistem brek CBS berprestasi mantap dan paparan meter LCD digital LED yang memberikan informasi dan data jelas.

Sebelum ini sekitar tahun 2017, Benelli TNT150 telah diperkenalkan, namun tanpa sistem EFI. Bagi model TNT150i ini berdasarkan maklumat daripada Benelli China, enjinnya bersesaran 149.5cc dan dipadankan kotak gear lima kelajuan. Kuasa yang dihasilkan mencapai 9.5kW @ 9,000rpm dengan tork maksimum 9.5Nm @ 9,000rpm.

Ciri-ciri lain yang melengkapinya adalah seperti fork depan jenis terbalik, penyerap hentak belakang monoshock, rim aloi aluminium berukuran 17 inci dengan tayar depan 100/80 dan tayar belakang 130/70, tangki bahan api dengan kapasiti 13.5 liter dan berat kering 144 kg. Pilihan warnanya ialah merah, putih dan hitam.