Zontes 310V motosikal buatan China yang menarik dengan rekaan unik dan tersendiri


Zontes merupakan sebuah jenama pengeluar motosikal dari negara China yang boleh dikatakan agak terkenal, di mana pasarannya telah berkembang sehingga ke Eropah. Syarikat tersebut turut mengeluarkan pelbagai model motosikal yang menarik dengan rekaan unik dan tersendiri, salah satu contohnya ialah model Zontes 310V.

Zontes 310V mempunyai reka bentuk cruiser yang kelihatan cukup sporty dan bergaya, dan dikuasakan enjin satu silinder DOHC bersesaran 312cc dengan sistem penyejuk cecair. Kuasa maksimum yang dihasilkan mencapai 26kW @ 9,500rpm dengan tork puncak 30Nm @ 7,500rpm. Kotak gear yang melengkapinya ialah 6-kelajuan.

Spesifikasi lain antaranya suspensi depan dibekalkan fork USD, suspensi belakang masih jenis lama yang menggunakan dua penyerap hentak, sistem brek cakera depan dan belakang dengan sistem brek ABS dari Bosch, saiz tayar depanĀ 110/70-R17 dan belakangĀ 180/55-R17, sistem lampu LED, kapasiti tangki minyak 15 liter dan berat kering 147 kg.

Instrumen meter Zontes 310V ini kelihatan moden apabila didatangkan paparan LCD TFT berwarna sepenuhnya dengan sambungan Bluetooth untuk smartphone. Harga untuk motosikal ini ditetapkan di pasaran China sebanyak 26,800 Yuan, bersamaan RM16,110.99 mengikut kadar tukaran semasa. Pada pendapat anda, menarik atau tidak Zontes 310V ini?