Yamaha MT-07 2019 diperkenalkan untuk pasaran Eropah

Yamaha MT-07 model tahun 2019 merupakan sebuah model naked bergaya sporty, telah diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran Eropah pada bulan September 2018 yang lalu. Ianya diperkenalkan bersama-sama model lain dalam siri MT seperti Yamaha MT-125, Yamaha MT-03, Yamaha MT-09, Yamaha MT-09 SP, Yamaha MT-10 dan Yamaha MT-10 Tourer Edition.

Yamaha MT-07 dikuasakan enjin bersesaran 689cc (2-cylinder, 4-stroke, liquid-cooled, DOHC, 4-valves) dengan gandingan transmisi 6-kelajuan, seterusnya menghasilkan kuasa maksimum 74.8PS @ 9,000rpm dengan tork puncak 68.0Nm @ 6,500rpm. Model ini dilengkapi tangki bahan api dengan kapasiti 14 liter dan mempunyai berat berat basah 182 kg.

Ciri-ciri utama Yamaha MT-07 2019, sumber dari Yamaha Motor Europe :

  • Digital instrumentation with full LED display
  • Dual 282mm front discs with 4-pot calipers
  • Built for optimum riding enjoyment
  • Liquid-cooled 689cc inline 2-cylinder 4-stroke
  • Crossplane philosophy design with 270-degree crank
  • Low dry weight of only 164kg
  • Agile, manoeuvrable and easy to handle
  • Refined front and rear suspension
  • high quality body design with enhanced finish
  • Improved riding position
  • Responsive performance, affordability and economy

Yamaha MT-07 2019 mula dijual di pasaran Eropah sejak bulan November 2018 dan boleh didapati dalam tiga pilihan warna menarik seperti Ice Fluo, Tech Black dan Yamaha Blue. Harga yang ditawarkan di pasaran UK adalah sebanyak £6,349.00, bersamaan RM33,420.82 mengikut kadar tukaran semasa. Untuk pasaran Malaysia, MT-07 dijual pada harga RM38,288.00.