SYM VF185 dengan sistem brek ABS dijual di pasaran Greece mulai Februari 2019

Model moped berkuasa SYM VF3i 185 dengan enjin 183cc dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan April 2018 yang lalu, dan kemudiannya diikuti oleh pelancaran model SYM Star SR 170 (ABS) di pasaran Vietnam dalam bulan Disember 2018. Terkini, SYM VF185 dengan sistem brek ABS bakal berada di pasaran Greece mulai bulan Februari 2019.

Melihat kepada gambar-gambar dan spesifikasi model SYM VF185 di dalam laman sesawang SYM Greece, ternyata model tersebut sebenarnya sama seperti model SYM VF3i 185, dan dipercayai turut menggunakan enjin 183cc. Cuma yang berbeza ialah VF185 dilengkapi sistem brek ABS, sama seperti model SYM Star SR 170 (ABS) di pasaran Vietnam.

Untuk pasaran Greece, SYM VF185 model tahun 2019 tersedia dalam empat pilihan warna yang menarik iaitu Hitam Emas, Hitam Merah, Hitam Biru dan Hitam Putih. Harga jualannya adalah sebanyak  2.695 €, bersamaan RM12,408.56 mengikut kadar tukaran semasa. Sebelum ini Modenas Dinamik popular di Greece, mungkin selepas ini giliran SYM VF185 pula.