Pengeluaran Suzuki Hayabusa 2019 untuk pasaran USA diteruskan


Suzuki Motor of America, Inc. (SMAI) pada 13 Disember 2018 yang lalu telah mengumumkan bahawa pengeluaran Hayabusa 2019 untuk pasaran USA akan diteruskan seperti biasa. Pengumuman tersebut dibuat kerana sebelum ini terdapat kekeliruan berhubung laporan bahawa Suzuki akan menghentikan pengeluaran model legenda Hayabusa.

Menurut Suzuki, hanya pengeluaran Hayabusa untuk pasaran Eropah sahaja akan dihentikan kerana model tersebut kini tidak lagi mampu memenuhi piawaian ketat emisi Euro 4. Oleh itu laporan sebelum ini yang mengatakan bahawa Suzuki akan menghentikan sepenuhnya pengeluaran Hayabusa termasuk di pasaran USA adalah tidak tidak tepat.

Suzuki Hayabusa 2019 dikuasakan enjin berkapasiti 1,340cc (4-stroke, liquid-cooled, 4-cylinder, DOHC) dan dipadankan transmisi 6-kelajuan. Mencapai status legenda sejak diperkenalkan 20 tahun yang lalu, Hayabusa merupakan salah sebuah motosikal berkuasa tinggi yang paling dikenali dan mendapat pujian ramai daripada peminat dunia permotoran di seluruh dunia.