Honda CRF250 RALLY dan Honda CRF250L 2019 terima kemaskini warna baharu


Untuk pasaran Jepun, Honda baru-baru ini telah mengumumkan dua model keluarannya Honda CRF250 RALLY 2019 dan Honda CRF250L 2019, telah menerima kemaskini warna baharu. Kedua-dua model masing-masing telah menerima sentuhan warna baharu berdasarkan warna daripada jentera Dakar Rally “CRF450 RALLY” dan jentera motocross “CRF450R”.

Bagi model Honda CRF250 RALLY Type LD 2019 dan Honda CRF250L Type LD 2019, kedua-duanya tampil lebih rendah apabila suspensi depan dan belakang ditukar. Ini menjadikan ketinggian tempat duduk CRF250 RALLY Type LD lebih rendah sebanyak 65mm kepada 830mm dan CRF250L Type LD lebih rendah sebanyak 45mm kepada 830mm.

CRF250 RALLY dan CRF250L masing-masing dikuasakan enjin 249cc dengan gandingan kotak gear 6-kelajuan dan sistem suntikan bahan api PGM-FI, seterusnya menghasilkan kuasa maksimum 24PS @ 8,500rpm dengan tork puncak 23Nm @ 6,750rpm. CRF250L 2019 bakal berada di pasaran Jepun mulai 15 Februari 2019 dan CRF250 RALLY mulai 26 Mac 2019.

Galeri : Honda CRF250 RALLY dan CRF250 RALLY Type LD 2019

Galeri : Honda CRF250L dan CRF250L Type LD 2019