Yamaha MT-07 ABS 2019 di pasaran Jepun terima warna baharu

Yamaha hari ini mengumumkan model naked MT-07 ABS 2019 untuk pasaran Jepun akan menerima pilihan warna baharu, dikenali dengan nama Matt Lite Gray Metallic. Model tersebut akan berada di pasaran secara rasmi mulai 1 Mac 2019.

Sebagai tambahan, rim rodanya menerima warna Vermillion bagi menyerlahkan lagi perwatakan agresif. Yamaha MT-07 ABS 2019 dikuasakan enjin berprestasi empat lejang sejukan cecair, dua silinder sebaris DOHC yang bersesaran 688cc.

Menurut Yamaha lagi, dua warna terdahulu Deep Purpose Blue Metallic dan Matt Dark Gray Metallic akan terus ditawarkan. Harga jualan yang ditetapkan untuk MT-07 ABS 2019 ialah 777,600 Yen, bersamaan RM28,861.40 mengikut kadar tukaran semasa.