Honda CBR300R 2019 di pasaran USA, harga bermula dari $4,699

Untuk pasaran USA, Honda masih menawarkan model sport CBR300R, yang kini sampai kepada model tahun 2019. Model tersebut masih kekal dengan reka bentuk lama dan sehingga kini tidak mengikut jejak langkah Honda CBR250RR 2019.

Honda CBR300R 2019 dikuasakan enjin berkapasiti 286cc (liquid-cooled, single-cylinder, four-stroke, DOHC; four valves per cyclinder), dan dipadankan transmisi 6-kelajuan bersama-sama sistem suntikan bahan api PGM-FI.

Untuk pasaran USA, CBR300R tersedia dalam varian Non-ABS dan juga ABS, dengan harga jualannya bermula dari $4,699 (bersamaan RM19,143.56 mengikut kadar tukaran semasa). Pilihan warna pula hanya dua iaitu Grand Prix Red dan Matte Black Metallic.

Di pasaran ASEAN, Thailand merupakan salah sebuah negara yang turut menjual Honda CBR300R. Mungkin pada masa akan datang, Honda akan melakukan rombakan penuh terhadap model berkenaan, dan bakal dikenali dengan nama CBR300RR.