BMW Motorrad perkenal skuter baharu BMW C 400 GT

Dalam tahun 2011, BMW Motorrad memperkenalkan dua model skuter maxi premium C 600 Sport dan C 650 GT, yang kemudiannya diikuti oleh model C 400 X dalam tahun 2017. Bertempat di EICMA 2018 pada November, BMW Motorrad memperkenalkan pula skuter baharu dalam varian Gran Turismo – BMW C 400 GT 2019.

BMW C 400 GT dikuasakan enjin satu silinder yang dioptimumkan kecekapannya, dengan keluaran kuasa 34hp sama seperti yang digunakan oleh model C 400 X. Penghantaran kuasa dilakukan oleh kotak gear CVT (Continuously Variable Transmission), manakala sistem ASC (Automatic Stability Control) memastikan peningkatan tahap keselamatan semasa pecutan, terutamanya pada permukaan licin.

Prestasi pemberhentian dan keselamatan selanjutnya disempurnakan oleh dua brek cakera di hadapan dan brek cakera tunggal di belakang, bersama-sama sistem ABS sebagai ciri standard. Sistem lampu LED juga merupakan ciri standard untuk C 400 GT. Sebagai tambahan, instrumen kluster berukuran 6.5 inci TFT tersedia sebagai pilihan, membolehkan penunggang mendapatkan akses untuk pelbagai kandungan dan sistem operasi melalui BMW Motorrad Multi-Controller, atau melalui sambungan telefon sama ada untuk mendengar musik atau mendapat manfaat daripada sistem navigasi.

Ciri-ciri lain yang memberi kemudahan dan keselesaan termasuklah cermin penghadang angin yang lebih tinggi sebagai komponen perlindungan cuaca yang berkesan, ruang simpanan di bawah kusyen, Keyless Ride sebagai ciri standard, tempat duduk dengan backrest yang berasingan untuk keselesaan penunggang dan juga footboards berbanding footrests demi keselesaan pembonceng.

Terdapat tiga pilihan warna yang segar, kontemporari dan berkualiti tinggi untuk C 400 GT bagi disesuaikan dengan karakternya sebagai sebuah model Gran Turismo, dikenali dengan nama Alpine White, Moonwalk Grey dan Blackstorm Metallic. Menurut BMW Motorrad, C 400 GT ini merupakan rakan sempurna untuk menikmati masa lapang secara penuh selepas waktu bekerja atau pada hujung minggu, bukan sahaja secara bersendirian tetapi juga dengan penumpang.

Spesifikasi dan ciri-ciri utama 2019 BMW C 400 GT :

  • Efficiency-optimised single-cylinder engine with a capacity of 350 cc, high torque and CVT gearbox.
  • Highly compact design with wet sump lubrication.
  • 25 kW (34 hp) at 7 500 rpm and 35 Nm at 6 000 rpm.
  • Electronic fuel injection, digital engine control and ASC.
  • Suspension with rugged tubular steel frame.
  • Torsionally stiff drivetrain swing arm with innovative swing arm bearing for minimum vibration.
  • Telescopic fork at front and two spring struts at rear with ample spring travel.
  • Powerful braking system with ABS as standard.
  • Passenger footboards instead of separate footrests.
  • Seat with separate rider backrest.
  • LED lighting technology as standard.
  • LED daytime riding light as option.
  • Keyless Ride as standard.
  • Connectivity: Multifunctional instrument cluster with 6.5-inch full-colour TFT screen and numerous features as an ex-works option.
  • Distinctive, dynamic design.
  • Increased wind and weather protection and sophisticated ergonomics.
  • Generous storage space with two storage compartments and flexcase.
  • Attractive colour variants with different characters.