Adakah ini model produksi supermoped Modenas 175cc?


Beberapa tahun yang lepas sewaktu penulis masih lagi aktif bersama blog Arena Permotoran, terdapat banyak maklumat yang diperolehi mengenai model supermoped terkini Modenas dalam segmen 150cc dan 175cc. 

Kemudiannya berita mengenai supermoped Modenas yang akan mencabar Yamaha Y15ZR, Honda RS150R, Benelli RFS150i dan SYM VF3i itu tiba-tiba kian menghilang, semakin senyap dan sehingga kini tiada langsung khabar berita mengenainya.

Penulis juga telah kehilangan sumber dan maklumat dari orang dalam Modenas mengenai supermoped Modenas tersebut, mungkin kerana model produksi tersebut tidak akan menjadi kenyataan. Paling akhir, ianya dikatakan akan dilancarkan sekitar awal tahun 2017, tetapi sehingga kini awal 2019, tidak pernah menjadi kenyataan.

Sayang sekali jika pembangunan dan pelaburan yang dilakukan Modenas untuk supermoped 150cc dan 175cc itu sekadar pelaburan yang sia-sia sahaja tanpa sebarang pulangan. Pastinya modal yang telah dikeluarkan bukan sedikit.

Penulis seringkali ditanya, bilakah supermoped Modenas 150cc dan 175cc tersebut akan dilancarkan? Penulis tiada jawapannya. Namun berdasarkan sekeping gambar di atas, mungkinkah versi produksi telah siap dan menunggu masa pelancarannya?

Sumber : Dimuat naik oleh Muhamad Shamim di dalam Facebook Modenas.