Warna baharu untuk Yamaha TMAX 530 2019, di pasaran Jepun mulai 25 Februari 2019

Yamaha mengumumkan TMAX 530 SX ABS 2019 dan TMAX 530 DX ABS 2019 untuk pasaran Jepun akan menerima pilihan warna baharu, mulai 25 Februari 2019. Skuter maxi berkenaan dikuasakan enjin 530cc dua silinder dengan sistem sejukan cecair.

Berdasarkan siaran akhbar berbahasa Jepun dan dialih ke bahasa Inggeris, warna baharu TMAX 530 SX ABS dikenali dengan nama¬†“Matt Dark Perpresive Blue Metallic”, manakala warna baharu TMAX 530 DX ABS ialah¬†“Matt Lite Gray Metallic”. TMAX 530 DX ABS juga menampilkan rim roda aluminium dengan dua tona warna yang menarik.

Yamaha TMAX 530 DX ABS adalah berdasarkan model TMAX 530 SX ABS, namun telah dipertingkatkan keselesaannya dengan ciri-ciri seperti sistem cruise control, skrin elektrik boleh laras, grip dan juga tempat duduk utama dengan ciri pemanas.