Model kembara Yamaha Ténéré 700 diperkenalkan, di pasaran US mulai separuh kedua 2020

Yamaha Motor Europe (YME) pada November 2018 yang lalu telah memperkenalkan model Adventure Touring terbaharu Yamaha Ténéré 700 model tahun 2020, dan dikatakan model tersebut bakal berada di pasaran Eropah dalam tahun ini juga.

Susulan itu, Yamaha Motor Corporation, U.S.A. (YMUS)  juga telah mengumumkan bahawa model berkenaan akan turut dilancarkan di pasaran US, namun sebagai model tahun 2021, dan hanya akan tiba dalam tempoh separuh kedua tahun 2020.

Pengeluaran Ténéré 700 untuk pasaran Eropah akan mengambil tempat di Perancis, namun untuk pasaran US ianya akan dikeluarkan dari kilang Yamaha di Jepun.

Yamaha Ténéré 700 sebelum ini muncul dalam bentuk konsep T7 dalam tahun 2016, dan kemudiannya diikuti oleh model prototaip Ténéré 700 World Raid dalam tahun 2017. Sebagai sebuah model prototaip, Ténéré 700 World Raid telah menjalani pelbagai ujian intensif di pelbagai lokasi utama di seluruh dunia.

Sebagai sebuah model pengembaraan, Ténéré 700 ini dikatakan mempunyai ciri-ciri tahan lasak dan boleh dipercayai, sesuai untuk penjelajahan tanpa batasan. Model ini juga mempunyai berat yang ringan di samping spesifikasi tertinggi di dalam kelasnya.

Yamaha Ténéré 700 dikuasakan enjin CP2 689cc parallel-twin yang berkuasa, badan yang ramping, lincah dan mudah dikendalikan dalam pelbagai keadaan jalan. Lampu depannya terdiri daripada empat lampu LED untuk suluhan jelas lagi terang.

Ciri-ciri teknikal utama 2021 Yamaha Ténéré 700 :

  • High-torque 689cc four-stroke CP2 parallel twin-cylinder engine
  • New lightweight double cradle tubular steel frame
  • Slim, compact and ergonomic body and seat
  • Aggressive rally-bred face with four LED headlights and two LED position lights
  • Adjustable 43mm upside down coil-spring forks with long-travel (210mm)
  • Remotely adjustable link-type rear suspension with 200mm of travel
  • Compact rally-style cockpit with tapered handlebars
  • 21-inch/18-inch lightweight spoked wheels with adventure tires
  • Slim, long-range fuel tank with 4.2-gallon capacity for an approximate average 217-mile fuel range
  • Compact rally-style multi-function instruments
  • ABS can be disabled to suit off-road riding preferences
  • Screen and handguards give good rider protection from the elements

Untuk pasaran US, Yamaha Ténéré 700 didatangkan dalam warna Ceramic Ice, dan harganya akan diumumkan apabila hampir tiba waktu pelancaran.