Yamaha YZF-R3 2019 di pasaran USA, harga dari $4,999

Yamaha YZF-R3 2019 telah diperkenalkan di pasaran USA dalam bulan Oktober 2018, dan kemudiannya mula dijual secara rasmi dalam bulan Disember 2018. Dua varian ditawarkan iaitu Non-ABS dan ABS, masing-masing dijual pada harga $4,999 (RM20,478.40) dan $5,299 (RM21,707.35). 

Untuk Yamaha YZF-R3 2019 varian Non-ABS, pilihan warna yang tersedia ialah Team Yamaha Blue dan Matte Black. Namun begitu berdasarkan gambar-gambar di bawah, model berwarna Team Yamaha Blue merupakan versi ABS, mungkin terdapat kesilapan daripada siaran akhbar yang diterbitkan oleh Yamaha Motor Corporation, U.S.A.

Bagi model Yamaha YZF-R3 2019 ABS, ianya juga ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Matte Black dan Vivid White. Untuk pasaran USA, YZF-R3 telah melengkapkan barisan model R-series yang lain seperti YZF-R6, YZF-R1 dan YZF-R1M.