Yamaha JT110 model tahun 2005 di pasaran Thailand

Untuk pasaran Thailand, terdapat sebuah model Yamaha yang dikenali dengan nama Yamaha JT110, atau seperti mana yang tertulis di badannya ialah Yamaha X-1. Berdasarkan maklumat sedia ada, Yamaha JT110 yang dipaparkan di sini merupakan model tahun 2005, dan keluaran pertamanya dikatakan bermula dari tahun 2004. 

Yamaha JT110 mempunyai enjin empat lejang 110cc, dengan reka bentuknya agak menarik dan kelihatan moden. Lampu hadapannya bagaimanapun terletak di bahagian depan badan, bukannya di bahagian kepala, bermakna untuk pasaran Malaysia model seperti ini berpenampilan pelik dan tidak akan mampu menarik minat pembeli.