Honda CBR250RR keluaran tahun 1990 di pasaran Jepun

Terdapat pelbagai model motosikal supersport kelas 250cc buatan Jepun yang menarik pada era tahun 1990-an. Salah sebuah daripadanya ialah Honda CBR250RR keluaran tahun 1990 ini, yang tampil dengan enjin 250cc empat silinder.

Reka bentuknya juga menarik dan sporty, lengkap dengan pelbagai teknologi yang pada zamannya cukup hebat. Zaman sekarang, agak sukar untuk pengeluar motosikal mengeluarkan kembali jentera 250cc dengan enjin empat lejang.

Sebelum ini terdengar desas-desus bahawa Kawasaki dan Honda akan mengeluarkan kembali Ninja 250 dan CBR250RR dengan enjin empat lejang. Namun akhirnya yang keluar hanyalah model semasa dengan enjin dua silinder sahaja.

Namun pada masa depan, tidak mustahil motosikal supersport dalam kelas 250cc akan kembali dengan enjin empat silinder. Teknologi telah berubah dan semakin moden, mungkin kelemahan pada model terdahulu kini telah dapat diatasi.