BMW F 850 GS Adventure 2019 diperkenalkan

Selepas pengenalan model baharu BMW F 750 GS dan F 850 GS 2018, kini tibalah masanya BMW Motorrad memperkenalkan sebuah lagi model terbaharu BMW F 850 GS Adventure 2019. Melalui jentera off-road kategori pertengahan ini, BMW Motorrad dikatakan membawa keupayaan pengembaraannya ke suatu tahap baharu.

BMW F 850 GS Adventure 2019 dibekalkan kuasa maksimum 95hp @ 8,250rpm dengan tork puncak 92Nm @ 6,250rpm, berpunca daripada enjin 2-silinder sebaris berprestasi tinggi dengan kapasiti 853cc. Kuasa daripada enjin tersebut kemudiannya disalurkan ke bahagian roda belakang melalui kotak gear enam kelajuan.

Sebagai bantuan untuk penunggang, F 850 GS Adventure menawarkan mod tunggangan “Rain” dan “Road” sebagai ciri standard, manakala kombinasi BMW Motorrad ABS dan ASC bakal memastikan tahap keselamatan yang lebih tinggi. Begitu juga dengan lampu brek dinamik yang membolehkan penunggang atau pemandu di belakang lebih menyedari apabila motosikal sedang membrek.

Seperti biasa, F 850 GS Adventure juga dibekalkan dengan peralatan pilihan yang boleh ditambah seperti mod tunggangan “Pro” dan tambahan mod “Dynamic”, “Enduro” dan “Enduro Pro”, selanjutnya DTC dan ABS Pro. Untuk tunggangan yang lebih jauh, F 850 GS Adventure ini mampu menampung 23 liter bahan api sehingga 550 kilometer.

Selain itu, BMW F 850 GS Adventure 2019 ini juga dilancarkan dengan sistem lampu LED, sistem sambungan dan paparan 6.5 inci TFT atau tambahan “Intelligent emergency call” eCall untuk bantuan pertolongan, dan pilihan warna baharu bersama-sama varian Rallye dan Exclusive sebagai tambahan kepada varian asas.

Berikut ialah ciri-ciri utama yang melengkapi 2019 BMW F 850 GS Adventure :

  • Powerful 2-cylinder in-line engine with a displacement of 853 cm³ and 70 kW (95 hp) at 8 250 rpm and 92 Nm at 6 250 rpm.
  • Very powerful, emotional sound due to crankshaft with 90-degree crankpin offset and 270/450-degree ignition spacing.
  • New steel bridge frame for increased robustness and riding precision.
  • New upside-down telescopic fork plus aluminium two-sided swinging arm with central spring strut for an even more sensitive response.
  • ABS, ASC and the riding modes “Rain” and “Road” as standard.
  • Riding modes Pro with ABS Pro and dynamic brake light, DTC and the new riding modes “Dynamic”, “Enduro” and “Enduro Pro” as optional equipment.
  • Electronic suspension Dynamic ESA as an optional equipment item.
  • New onboard electrical system with more powerful alternator and starter.
  • LED headlamp as standard.
  • LED daytime riding light and LED additional light as optional equipment.
  • Connectivity with multifunctional instrument cluster including 6.5-inch full-colour TFT screen and numerous features as an optional equipment feature.
  • “Intelligent emergency call” eCall for help as optional equipment.
  • Optimised off-road and travel suitability along with improved wind and weather protection.
  • Optimised ergonomics, especially for dedicated offroad riding.
  • 23 litre fuel tank for ranges up to 550 kilometres and more.
  • Enhanced GS Adventure profile due to new design.
  • New colour along with the two style variants Rallye and Exclusive.
  • A range of optional equipment and accessories that is unique in the middle class.