Benelli 752S 2019 lakukan debut di EICMA 2018

Dalam acara pertunjukan motosikal EICMA 2017 yang berlangsung di Milan, Itali, Benelli 752S muncul sebagai sebuah model prototaip yang mendapat perhatian ramai pengunjung. 

Setahun selepas itu di EICMA 2018, model berkenaan secara rasminya melakukan debut sebagai sebuah model produksi, dan bakal berada di pasaran Eropah mulai musim panas tahun ini.

Merupakan sebuah model naked kelas pertengahan, Benelli 752S 2019 didatangkan enjin 750cc (four-stroke, liquid-cooled, twin-cylinder, 4 valves per cylinder and electronic fuel injection with double throttle body) dengan keluaran kuasa maksimum 77hp @ 8,500rpm dan tork maksimum 67Nm @ 6,500rpm.

Benelli 752S turut dilengkapi suspensi terbalik di bahagian depan, manakala di bahagian belakangnya ialah suspensi monoshock boleh laras yang dipasangkan pada lengan ayun.

Untuk prestasi keselamatan, terdapat sistem brek Brembo dan dua brek cakera berkembar 320mm di bahagian roda depan, serta brek cakera 260mm di bahagian roda belakang.

Rim aloi aluminiumum 17 inci disarungkan tayar depan 120/70-17 dan belakang 180/55-17. Tangki minyaknya mampu mengisi kapasiti 14.5 liter bahan api. Pilihan warna untuk Benelli 752S 2019 ini ialah hijau, hitam dan putih.