Yamaha NVX 155 GP Edition 2018, harga asas RM10,606.00

Untuk pasaran Malaysia, Yamaha NVX 155 GP Edition 2018 telah diperkenalkan dalam bulan September 2018 yang lalu. Berbanding NVX 155 versi Standard yang dijual pada harga asas RM9,906.00, NVX 155 GP Edition memiliki harga asas RM10,606.00.

Menurut Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM), setiap pembelian NVX 155 GP Edition akan menerima jaket eksklusif dengan jenama NVX GP Edition dan sijil pengesahan pemilikan. Adakah anda salah seorang pemilik bertuah skuter 155cc ini?