Honda CBR400R 2019 di pasaran Jepun mulai 22 Mac 2019

Ini ialah model terbaharu Honda CBR400R 2019, bakal berada di pasaran Jepun mulai 22 Mac 2019. Hadir dengan rekaan baharu mengikut jejak langkah Honda CBR650R 2019, CBR400R dikuasakan enjin berkapasiti 399cc dengan transmisi 6-kelajuan.

Paras kuasa maksimum enjinnya mencapai 34PS @ 9,000rpm dengan tork puncak 38Nm @ 7,500rpm. Selain daripada memiliki sistem lampu depan dan belakang LED, paparan instrumen meter LCD yang diperbaharui kini mempunyai fungsi penunjuk posisi gear. Juga dibekalkan Assist Slipper Clutch dan sistem brek ABS.

Pilihan warna yang tersedia pula ialah Grand Prix Red, Pearl Glare White dan Mat Axis Gray Metallic. Untuk pasaran Jepun, harga yang ditetapkan adalah sebanyak 793,800 Yen, bersamaan RM30,043.94 (mengikut kadar tukaran semasa).