Yamaha YZF-R3 2019 di pasaran UK mulai Februari 2019

Yamaha YZF-R3 model tahun 2019 diperkenalkan untuk pasaran Eropah pada Oktober 2018 yang lalu. Tahun tersebut menandakan sambutan ulangtahun kali ke-20 untuk model legenda Yamaha YZF-R1 yang buat pertama kali diperkenalkan pada 1998. 

Yamaha YZF-R3 2019 masih mengekalkan enjin bersesaran 321cc (2-cylinder, 4-stroke, liquid-cooled, DOHC, 4-valves) dan transmisi 6-kelajuan, dengan janaan kuasa maksimum 42.0PS @ 10,750rpm dan tork maksimum 29.6Nm @ 9,000rpm.

Berikut ialah ciri-ciri utama yang melengkapi 2019 Yamaha YZF-R3 :

•    Ultimate Yamaha lightweight A2 supersport
•    Radical new YZR-M1 MotoGP® inspired styling
•    New front fairing and screen gives up to 8 km/h top speed increase
•    New YZF-R1 style dual LED headlamps and position lamps
•    High-revving, 321cc, 2-cylinder, 4-valve engine
•    Compact and lightweight tubular steel chassis
•    New 37mm inverted front forks and Monocross rear shock
•    Idealised 50/50 weight distribution for agile handling
•    New multi-function LCD instruments with easy to read displays
•    Pure ‘no-compromise’ design with R-series DNA

Untuk pasaran UK, Yamaha YZF-R3 2019 boleh didapati dalam pilihan warna Yamaha Blue dan Power Black, dan akan berada di pasaran mulai bulan Februari 2019.