Honda CBR250RR ABS 2019 kini di pasaran Jepun, warna baharu Grand Prix Red (Stripe) bertemakan corak HRC


Dalam bulan Disember 2018 yang lalu, Honda CBR250RR ABS model tahun 2019 telah pun berada di pasaran Jepun, yang mana ianya kini tampil dengan pilihan warna baharu yang dikenali dengan nama Grand Prix Red (Stripe) bertemakan corak HRC.

Pilihan warna lain yang turut ditawarkan ialah Grand Prix Red, Matte Gun Powder Black Metallic dan Pearl Glare White. Honda CBR250RR ABS 2019 dikuasakan enjin 249cc dengan padanan transmisi 6 kelajuan. Jumlah kuasa maksimum yang dihasilkannya mencapaiĀ 28PS @ 12,500rpm dengan tork puncakĀ 23Nm @ 11,000rpm.

Ciri-ciri menarik lain untuk CBR250RR ini termasuklah sistem pendikit tanpa wayar, tiga mod tunggangan, suspensi depan USD, suspensi belakang Pro-link boleh laras, intsrumen paparan meter digital sepenuhnya, sistem lampu LED dan dual-channel ABS.

Honda CBR250RR 2019 sememangnya merupakan sebuah motosikal paling maju di dalam kelas 250cc. Namun setakat ini model yang pernah dipamerkan di MotoGP Sepang pada Oktober 2016 ini masih belum tiba secara rasmi ke pasaran Malaysia.

Antara sebab kenapa Boon Siew Honda tidak membawa masuk model ini ialah kerana harganya dikatakan agak tinggi berbanding model 250cc yang lain. Bagaimanapun, harapan untuk melihat model ini dilancarkan di pasaran Malaysia masih ada.