Ducati Hypermotard 950 diperkenalkan di EICMA 2018

Bertempat di EICMA 2018 yang berlangsung di Milan, Itali bermula dari 8 – 11 November 2018 yang lalu, Ducati telah mempamerkan pelbagai model motosikal terbaharu keluarannya. Salah sebuah daripadanya ialah Ducati Hypermotard 950.

Ducati Hypermotard 950 mempunyai sistem penjana kuasa bersesaran 937cc (Testastretta 11°, L-Twin cylinder, 4 valve per cylinder, Desmodromic, liquid cooled, magnesium head covers) yang menghasilkan kuasa maksimum 114hp @ 9,000rpm dengan tork setinggi 96Nm @ 7,250rpm.

Di samping prestasi enjin dan jenteranya yang luar biasa, Ducati Hypermotard 950 dikatakan tetap terkawal melalui peranan yang dimainkan oleh pelbagai komponen dan peralatan eletronik termaju yang melengkapinya.

Hypermotard 950 juga boleh dipasangkan Ducati Multimedia System (DMS), membolehkan penunggang menyambungkan telefon pintar dan menguruskan fungsi utama multimedia antaranya seperti panggilan masuk, SMS dan muzik menggunakan switchgears, dan memaparkan informasi yang berkaitan pada paparan panel instrumen TFT.

Ducati Hypermotard 950 model tahun 2019 ini didatangkan dalam pilihan warna Ducati Red dengan kerangka berwarna merah dan rim roda berwarna hitam. Berikut ialah ciri-ciri standard utama yang melengkapi Ducati Hypermotard 950 :

  • 937 cm3 Ducati Testastretta 11° engine
  • Twin under-seat silencers
  • Trellis frame with tapered tubing
  • Rear Trellis sub-frame
  • Removable passenger foot pegs
  • Marzocchi forks with fully adjustable 45 mm aluminium fork bodies/tubes and 170 mm of wheel travel
  • An adjustable Sachs shock absorber with 150 mm of wheel travel
  • Cast aluminium wheels with three Y-spokes
  • Pirelli Diablo Rosso III tyres
  • Tapered aluminium handlebars
  • Brake and hydraulic clutch with radial pumps and separate fluid reservoirs
  • Colour TFT instrumentation
  • Latest-generation electronics package with 6-axis Inertial Measurement Unit (6D IMU) including: Bosch Cornering ABS EVO with Slide by Brake function (with setting 1); Ducati Traction Control EVO (DTC EVO); Ducati Wheelie Control EVO (DWC EVO)
  • Riding Modes (Sport, Touring and Urban)
  • Headlight with Daytime Running Light (DRL)
  • Front and rear LED auto-off indicators (front indicators embedded in hand guards)
  • Can also mount: Anti-theft system, Ducati Quick Shift (DQS) up/down, Heated grips, Ducati Multimedia System (DMS)
  • Fuel tank capacity 14.5 litres
  • Inner leg curve 1,940 mm (-53 mm vs previous model)
  • Seat height 870 mm
  • Lean angle 44°
  • Kerb weight 200 kg (-4 kg vs previous model)