Yamaha YZF-R125 2019 diperkenalkan untuk pasaran Eropah

Jika di pasaran Malaysia, peminat motosikal Yamaha mempunyai pilihan sama ada YZF-R15 atau YZF-R25, masing-masing dikuasakan enjin dalam kelas 150cc dan 250cc. Namun untuk pasaran Eropah, terdapat sebuah lagi model pilihan dengan enjin lebih kecil iaitu Yamaha YZF-R125 yang dilengkapi enjin bersesaran 125cc.

Untuk pasaran tahun 2019, Yamaha YZF-R125 kini hadir dengan DNA rekaan baharu daripada R-series, menjadikan penampilan terkininya lebih dinamik dan lebih menarik. Reka bentuk agresifnya dikatakan mengambil inspirasi daripada model Yamaha YZF-R1 yang dipengaruhi oleh siri perlumbaan MotoGP, di samping mempunyai kemasan berkualiti premium disertai komponen enjin dan casis baharu berkualiti tinggi.

Dengan kuasa mencapai 15PS @ 10,000rpm dan tork 11.5Nm @ 8,000rpm, enjin 125cc dengan transmisi 6-kelajuannya kini dilengkapi sistem Variable Valve Actuation (VVA), membolehkan hamparan tork lebih sekata pada setiap putaran enjin, seterusnya memberikan pecutan lebih berprestasi dan lancar untuk tunggangan lebih sensasi.

Yamaha YZF-R125 2019 juga tampil dengan casis yang ditambahbaik, rekaan semula lengan ayun aluminium yang kukuh dan ringan dan suspensi depan USD 41mm, untuk tunggangan yang lebih lincah, sporty dan lebih selesa walau pun pada kelajuan tinggi. Model terbaharu ini juga dilengkapi sistem Assist & Slipper Clutch yang diperhalusi.

Ciri-ciri lain antaranya termasuklah kehadiran lampu LED sepenuhnya dengan rekaan lampu depan berkembar, kokpit yang direka semula inspirasi daripada MotoGP, paparan instrumen LCD yang jelas dengan pelbagai fungsi, posisi tunggangan kini lebih fleksibel, tayar belakang lebih lebar dengan ukuran 140/70-17 yang meningkatkan kestabilan dengan kawalan yang lebih baik, brek cakera depan 292mm dan belakang 230mm, dan tangki bahan api yang direka semula berkapasiti 11 liter.

Yamaha YZF-R125 2019 telah berada di pasaran Eropah mulai awal tahun ini, tersedia dalam pilihan warna Yamaha Blue, Tech Black dan Competition White.

2019 Yamaha YZF-R125 Key features :

•    New 125cc engine with Variable Valve Actuation system
•    Increased combustion efficiency for smoother power
•    Revised Deltabox frame gives excellent rigidity
•    New aluminium swingarm for agility and stability
•    Lighter and more precise Assist & Slipper clutch,
•    Sleek new R-Series body, twin-eye LED headlights
•    Newly-designed fuel tank with 11-litre capacity
•    All-new YZR-M1 MotoGP-inspired cockpit
•    Sophisticated new high-visibility LCD instruments
•    Improved ergonomics for enhanced riding position
•    Wider rear tyre for sharper roadholding and style
•    Refined and improved braking feeling
•    Ultimate 125 R-Series supersport