Honda X-ADV 2019 di pasaran Jepun mulai 21 Februari 2019

Honda X-ADV model tahun 2019 akan berada di pasaran Jepun mulai 21 Februari 2019. Model tersebut kini hadir dengan pilihan warna baharu Mat Armored Green Metallic, serta kelengkapan ETC2.0 bagi menggantikan ETC sebelumnya. 

Honda X-ADV merupakan sebuah jentera pengembaraan unik dan lasak, dijana enjin berkapasiti 745cc dua silinder dengan transmisi DCT (Dual Clutch Transmission), dengan kuasa maksimum 54PS @ 6,250rpm dan tork 68Nm @ 4,750rpm.

Enjin X-ADV dibekalkan dengan sistem 2-Level Honda Selectable Torque Control (HSTC), manakala sistem transmisinya menerima fungsi G switch untuk kawalan off-road yang lebih berkesan. Harganya bermula dari 1,240,920 Yen (RM46,692.44).