Kawasaki Ninja ZX-6R 2019 dengan kuasa 130PS & 70.8Nm

Model terbaharu berkuasa tinggi Kawasaki Ninja ZX-6R model tahun 2019 telah diperkenalkan secara rasmi dalam bulan Oktober 2018 yang lalu.

Sebagai sebuah model supersport kelas pertengahan dan bertaraf premium, Ninja ZX-6R dikuasakan enjin 636cc dengan hamburan kuasa 130PS @ 13,500rpm dan tork maksimum 70.8Nm @ 11,000rpm. Enjin tersebut dipadankan transmisi 6-kelajuan dan mematuhi piawaian Euro-4.

Melengkapkan penampilan serba baharunya yang tajam dan sporty antaranya termasuklah lampu LED berkembar, paparan instrumen panel meter yang sofistikated dengan pelbagai fungsi berguna, lampu belakang LED dan peredam bunyi ekzos dengan rekaan sporty.

Ciri-ciri lain yang turut dibekalkan adalah seperti sistem Assist & Slipper Clutch, KQS (Kawasaki Quick Shifter), SFF-BP (Separate Function Fork – Big Piston), Adjustable brake and clutch lever, KIBS (Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System), KTRC (Kawasaki TRaction Control) dan soket kuasa 12V untuk pengecasan telefon.

Disebalik evolusi rekaan baharunya yang kini lebih segar, Ninja ZX-6R ini dikatakan menawarkan keseimbangan di antara fokus kepada litar dan sesi tunggangan jalanan.

Pilihan warna yang ditawarkan untuk Ninja ZX-6R seperti mana dapat dilihat di dalam galeri di bawah ialah gabungan warna Lime Green / Ebony / Metallic Graphite Gray dan Metallic Spark Black / Ebony.