Honda CB650R 2019 di pasaran Jepun mulai 15 Mac 2019


Honda CB650R 2019 merupakan sebuah model naked baharu dalam segmen Neo Sports Cafe selepas pengenalan lebih awal model CB1000R, CB300R dan CB125R. Honda CB650R membuat kemunculan rasmi pertamanya di EICMA 2018.

CB650R diasaskan daripada model terdahulu CB650F, dan ianya dilengkapi enjin empat silinder sebaris bersesaran 650cc dengan keluaran kuasa 95PS @ 12,000rpm dan tork maksimum 64Nm @ 8,500rpm. Kotak gear enjin tersebut ialah 6-kelajuan.

Tampil premium, begitu juga dengan spesifikasinya yang mana antaranya termasuk 41mm Showa upside-down ‘Separate Function’ forks, radial-mount four-piston front brake calipers, Honda Selectable Torque Control, assist/slipper clutch dan pelbagai instrumen moden lain yang terkini.

Untuk pasaran Jepun, Honda CB650R model tahun 2019 ini akan dijual bermula 15 Mac depan, pada harga 961,200 Yen (bersamaan sekitar RM36,119.83).