Yamaha MX King 150 versi facelift 2019 terbaharu dilancarkan untuk pasaran Indonesia

Dalam bulan Disember 2018 yang lalu, Yamaha Indonesia secara rasminya memperkenalkan Yamaha MX King 150 versi facelift 2019 terbaharu, yang kini tampil lebih bergaya dan sporty. 

Antara perubahan yang dapat dilihat pada MX King 150 terbaharu ini ialah lampu depan LED rekaan baharu, paparan meter digital sepenuhnya, lampu hazard baharu untuk situasi kecemasan, serta tayar tubeless baharu dengan ukuran lebih besar iaitu 90/80-17 untuk bahagian depan dan 120/70-17 di bahagian belakang, menjadikannya lebih gagah dan stabil.

Dari segi spesifikasi teknikal, Yamaha MX King 150 masih mengekalkan enjin 150cc sedia ada dengan kotak gear 5-kelajuan. Pilihan warna yang tersedia ialah Biru (Metallic Blue), Merah (Matte Red) dan Oren (Metallic Orange).

Yamaha MX King 150 2019 sebelum ini terlebih dahulu dilancarkan di pasaran Vietnam, dan dikenali dengan nama Yamaha Exciter 150. Untuk pasaran Malaysia, ianya diberi nama Yamaha Y15ZR dan dijangka versi facelift 2019 akan akan turut dilancarkan.